Selamat kembali ke sekolah

Waktu saya menaip entry ni, Amir baru saja tidur. Tadi, dah puas saya cuba tidurkan dia, siap menyanyi lagi..tapi masih sama.  Bila dipujuk2, akhirnya dia mahu juga tidur. Agaknya Amir terlalu seronok nak jumpa kawan2 esok hari. Oh ya! Amir belum bersekolah, cuma dihantar ke rumah pengasuh. Saya cadang nak hantar ke sekolah tahun depan. Tak sabar nak tengok dia pakai uniform sekolah & bawa beg + bekal makanan ke sekolah :)

Rasanya minggu ni cikgu2 di sekolah saya semuanya sibuk nak beri markah & pulangkan kertas peperiksaan pertengahan tahun yang lepas. Lepas tu nak kena siapkan rekod kemajuan pula untuk persediaan hari menandatangani rekod kemajuan murid oleh ibu bapa & penjaga. Tahun ni saya jadi guru kelas tingkatan 5 Firdaus. Dapat anak2 yang dah besar - 24 orang semuanya (10 lelaki & 14 perempuan).

OKlah, entry kali ni cuma nak ucapkan selamat kembali ke sekolah untuk semua guru & anak2 murid (tak kiralah guru2 & anak murid sekolah rendah @ menangah) di seluruh Malaysia. Tak lupa juga diucapkan untuk suami tersayang (cikgu juga) : "samalah2 kita pergi ke sekolah esok pagi ye.."

Gambar saya & Amir sebelum balik bercuti di Pulau Pangkor baru2 ni.

Post a Comment

2 Comments